Keputusan untuk bertudung, ini penjelasan Siti Sarah
BERUBAH ataupun masih sama, itulah persoalan besar masyarakat dan netizen kepada artis tempatan yang pergi menunaikan ibadah umrah ataupun haji. Tambah pula artis yang tidak menutup aurat.
Menurut penyanyi, Siti Sarah Raisuddin yang juga merupakan isteri kepada pelawak terkenal, Shuib Sepahtu, keputusannya untuk kekal bertudung sebaik pulang daripada mengerjakan ibadah umrah Ahad lalu, dia menganggap biarlah hidayah itu datangnya dari Yang Maha Esa.
"Baik buruk datangnya dari Allah dan begitu juga segala apa yang kita lakukan akan berbalik pada-Nya.
"Jadi saya tak boleh cakap jangkaan orang macam mana. Yang menentukan adalah Dia." ujarnya kepada mStar Online.
Sementara itu, menerusi Instagram milik Siti Sarah, dia menerima pujian ramai netizen kerana imej bertudung menampakkan keayuannya sebagai wanita muslimah.
Rata-rata ramai yang mendoakan agar Siti Sarah, 34, terus kekal bertudung.
SUMBER