Keputusan mesyuarat Jemaah Menteri

KUALA LUMPUR: Berikut keputusan mesyuarat Jemaah Menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebentar tadi.
- Bantuan khas RM400 bagi kakitangan awam Gred 41 ke bawah, RM200 untuk pesara kerajaan.
- Bantuan sara hidup menggantikan BR1M akan dibayar 6 Jun ini.
- Pelaksanaan SST bagi menggantikan GST dilaksana mulai 1 September depan.
- Pembatalan HSR tertakluk kepada perbincangan dengan Singapura kerana implikasi kewangan yang tinggi, manakala projek MRT3 tidak diteruskan.
- Diskaun 50 peratus untuk semua lebuh raya pada dua hari sebelum hari raya.
- Program Permata dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian Pendidikan.
- Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 akan disiarkan secara langsung menerusi RTM.
- Harga petrol RON95 dikekalkan manakala RON97 diapungkan mengikut harga pasaran.
- Satu kumpulan ulama dan mereka yang berpengetahuan dalam bidang agama akan dibentuk bagi membincangkan peranan JAKIM.